Saturday 23 June 2007

Akmal?

Latest news BorakBola read was that Akmal was involved in a collision on the field with Kedah's goalkeeper in the FA Cup semi-final second leg tonite. He was stretched out of the field in the 44th minute. We pray that it's not a serious injury. Because if it is, it just draws the line beneath what we've been saying about how stupid the top people at FAM are. (Hey, if a Minister in the Parliament can say it again and again, why can we? But let's not politicise this blog shall we?)

We'll say this again. You have the Asian Cup in less than two weeks, and you still have your players playing for the league teams when they should be concentrating in preparation for the tournament. Why? Why? Why?

What's even more annoying is when King Yob our Mr VP of FAM said that by allowing these players playing for their respective teams they will experience the feeling and fitness of 'real matches'. Come on lah! Stop deflecting what is clearly bad organisation on you and your team's part.

Read Abdul Hafiz Ahmad good article in Utusan Malaysia, 23 March 2007 (sorry it's in Bahasa Malaysia):

Wajarkah pemain negara ke Piala FA?
KUALA LUMPUR – Terlalu jauh untuk menyamakan taraf kejurulatihan Norizan Bakar dengan Pim Verbeek dari Korea Selatan tetapi mereka berkongsi satu situasi tersepit yang akhirnya dipisahkan oleh ketegasan badan induk bola sepak negara masing-masing.

Riak wajah Norizan Bakar selepas perlawanan persahabatan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, cukup menggambarkan betapa jurulatih Malaysia itu dibelenggu dilema antara perlu menjalankan tugas negara atau demi menjaga hati majikannya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negeri.

‘‘Tiada komen,” kata Norizan ringkas ketika ditanya sama ada beliau secara sukarela melepaskan 12 anak buahnya semula ke pangkuan Selangor, Kedah, Perlis dan Johor-Pasir Gudang bagi menghadapi separuh akhir Piala FA, hari ini sedangkan Piala Asia cuma berbaki dua minggu.

Mereka ialah Akmal Rizal Rakhli, Fadzli Shaari, Shukor Adan, Safee Sali, Syed Adney Syed Hussein, Amirulhadi Zainal (Selangor), V. Thirumurugan, Ahmad Fauzi Shaari, Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Fauzie Nan, Azi Shahril Azmi (Perlis) dan Hamzani Omar (Johor-Pasir Gudang).

Kelmarin, FAM yang sepatutnya seperti ‘bapa yang tegas’ boleh mengalah kepada tuntutan negeri berkenaan untuk menggunakan semula khidmat tonggak negara termasuk tujuh yang dalam senarai simpanan sedangkan sebelum ini ia melarangnya kerana bimbangkan risiko kecederaan.

Di Seoul menurut laporan agensi asing, Verbeek yang berbangsa Belanda memenangi kemelut perebutan pemain kebangsaannya dengan kelab Liga Korea Selatan malah mendapat sokongan padu Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) yang tampak lebih pintar mengenali yang mana kaca dan permata.

Secara berdiplomasi, Norizan cuma mampu berpesan: ‘‘ Harapan saya ialah mereka tidak tercedera biarpun bermain dua perlawanan sebenar dalam tempoh tiga hari (termasuk separuh akhir Piala FA).”

Kelmarin, anak buahnya tewas 1-3 kepada UAE di Petaling Jaya dalam perlawanan persahabatan menjelang pusingan akhir Piala Asia di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam, bulan depan dengan gol tunggal dijaringkan oleh Akmal Rizal.

‘‘Dari segi permainan, kita mampu setara dengan lawan malah dalam masa tertentu, kami juga menyerang, mencipta peluang dan dapat menjaringkan gol,” katanya merujuk kepada jaringan sulung antarabangsa Akmal Rizal sejak 2004.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang melihat dari sudut lain menganggap, pelepasan pemain negara bagi menghadapi Piala FA sekurang-kurangnya meneruskan mereka merasai suasana dan mengekalkan tahap kecergasan dalam perlawanan sebenar.

‘‘Kami lepaskan mereka kerana separuh akhir FA ialah penentuan penting pasukan terbabit. Nanti ada yang merungut dan salahkan FAM pula apabila mereka kalah. Malah kadangkala pemain yang tidak bermain pun, boleh tercedera sebab ia macam nasib,” katanya.

Namun, tegas Raja Ahmad, FAM mungkin tidak mempertimbangkan lagi pelepasan pemain negara bagi perlawanan akhir Piala FA, 30 Jun ini sekiranya ada di antara mereka yang tercedera dalam pertembungan di Stadium Shah Alam dan Stadium Utama Negeri, Kangar itu, malam ini

No comments: