Sunday 24 June 2007

Mo' Money Mo' Money Part 2

It seems that the issue of FAM recently receiving further funding from the National Sports Council or MSN have not gone unnoticed. In the last few days we have came across many interesting letters from fans to the media and articles by sportswriter as well. Below we are pasting the responses received taken from various medias:

A letter from a reader, published in Utusan Malaysia, 21 June

FAM terus dimanjakan
MINGGU lepas Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan akan memperkenalkan sistem rating ataupun merit dalam memberi peruntukan kepada persatuan sukan. Persatuan sukan paling berjaya akan menerima peruntukan terbanyak, manakala persatuan sukan yang gagal menyerlah kemungkinan besar tidak akan menerima sebarang peruntukan.

Saya amat menyokong sistem tersebut kerana sebelum ini peruntukan diberi kepada semua persatuan sukan tetapi ada beberapa persatuan sukan yang gagal menyerlah. Terdapat desas-desus mengatakan persatuan sukan tersebut menggunakan sebahagian peruntukan untuk kepentingan peribadi seperti melancong dan untuk kemewahan.

Dan kelmarin diumumkan pula Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menerima peruntukan RM12.3 juta iaitu yang tertinggi dalam sejarah. Ini hanyalah fasa pertama untuk tahun ini dan mereka bakal terima lebih lagi. Tetapi semua orang tahu FAM adalah antara persatuan sukan yang gagal menyerlah malah semakin buruk prestasi.

Kalau diikutkan sistem rating sepatutnya FAM dikurangkan peruntukan dan bukannya ditambah, seolah-olah FAM yang paling berjaya. Alasan MSN bola sepak merupakan sukan paling popular tidak boleh dijadikan ukuran. Fikirkanlah sudah hampir 20 tahun FAM mendapat peruntukan besar daripada MSN tetapi semakin malap bola sepak negara.

Ini sudah jelas menunjukkan FAM gagal menggunakan peruntukan besar sejak berbelas tahun untuk meningkatkan mutu bola sepak negara. Penonton yang datang ke stadium juga semakin berkurangan dan jelas sukan bola sepak semakin tidak popular di Malaysia. Peruntukan besar tersebut lebih berfaedah digunakan untuk membasmi kemiskinan dalam negara ataupun untuk pembangunan rakyat dan bukannya terus memperjudikan kepada FAM yang telah terbukti satu pelaburan merugikan negara.
– PEMERHATI BOLA SEPAK

Somebody then wrote in to reply to Pemerhati's Bola Sepak's letter:

A letter from a reader, published in Utusan Malaysia, 22 June

Beri peluang FAM pulih imej bola sepak negara
SAYA tidak bersetuju dengan pandangan pemerhati bola sepak negara seperti yang disiarkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia semalam.

Kenapa kerajaan dibidas apabila memberi bantuan untuk menaikkan taraf dan populariti bola sepak negara? Soal menyalurkan bajet untuk membanteras kemiskinan perlu diasingkan daripada usaha penyelesaian masalah bola sepak negara kerana ia perlu dilihat sebagai dua perkara berbeza. Bukankah ada kementerian yang ditugaskan untuk melihat permasalahan itu dan sejumlah besar telah pun dibelanjakan bagi penyelesaiannya? Jangan dipersoalkan usaha kerajaan untuk mengembalikan kemegahan bola sepak negara.

Bolehkan kita mempersoalkan perbelanjaan untuk menghantar astronaut negara ke angkasa lepas dengan usaha mengawal dan membasmi nyamuk? Itu ternyata dua perkara berbeza dan saya percaya kerajaan bijak berbelanja dalam apa jua isu berkepentingan negara. Jelas seperti yang dikatakan bahawa penonton semakin berkurang berkunjung ke stadium tetapi ini bukan merupakan indikator untuk mengukur populariti bola sepak sebagai sukan nombor satu rakyat Malaysia.

Minat terhadap bola sepak tidak pernah luntur sebaliknya terus meningkat walaupun kecenderungannya kepada bola sepak luar negara. Kesedaran di atas fakta inilah yang mendorong kerajaan untuk terus menyalurkan bantuan bagi membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memajukan sukan ini agar ia dapat memaut kembali hati peminat bola sepak tanah air yang dahagakan kegemilangan bola sepak tempatan. Sebagai peminat atau pemerhati bola sepak kita perlulah mempunyai sikap positif di atas perkembangan ini. Kepercayaan yang diberikan menunjukkan bahawa kerajaan tampak yakin dengan hala tuju dan kepimpinan FAM yang ada sekarang.

Jumlah bantuan kewangan yang besar ini mampu memberi impak ke atas pembangunan bola sepak tanah air selepas kehilangan tajaan-tajaan besar kerana dasar yang perlu dipatuhi oleh FAM. Umpama ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ FAM akan mampu untuk melaksanakan agenda besar bagi meningkatkan mutu bola sepak negara dan sekali gus menarik minat penonton untuk ke stadium. Pemulihan bola sepak negara perlukan sokongan. Semangat ini perlu ada bagi semua yang mahu melihat kemajuan bola sepak negara. Sebagai permulaan, saya menyeru agar penonton dapat bersama-sama pasukan kebangsaan dan menunjukkan sokongan padu setiap kali mereka beraksi agar semangat mereka dapat dipulihkan.

Usaha secara kolektif persatuan, individu dan semua yang terlibat pasti membuahkan hasil. Perkara terakhir yang kita perlukan adalah bidasan negatif seperti yang disuarakan daripada ‘pemerhati bola sepak’.
– BASTIEN MFR,



Wisely, journalists went and asked our Minister about the comments on the streets regarding the funding:

Taken from Utusan Malaysia, 22 June

Beri peluang FAM baiki keadaan
KOTA BHARU – Kementerian Belia dan Sukan berharap peminat-peminat tempatan memberi peluang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meningkatkan mutu sukan nombor satu negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, FAM menghadapi pelbagai masalah seperti sumber kewangan yang terhad untuk membangunkan bola sepak tanah air.

Katanya, dengan bantuan kewangan yang diberikan Majlis Sukan Negara (MSN), FAM boleh mengatur lebih banyak program bagi memastikan sukan paling popular negara ini meningkat.

‘‘Macam mana kalau anak awak hisap dadah, adakah awak nak tinggalkan dia begitu sahaja, awak perlu membantunya untuk pulih.

“Tugas kerajaan adalah untuk membangunkan sukan dalam negara dan saya rasa FAM akan lebih baik selepas ini.

‘‘FAM telah hilang sumber kewangan apabila kerajaan tidak membenarkan syarikat rokok menaja aktiviti sukan negara ini, untuk dapatkan tajaan sekarang amat susah walaupun kerajaan memberikan potongan cukai sebanyak tujuh peratus,” katanya kepada para pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan Warga Pendidik Parlimen Kota Bharu di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai surat pembaca yang disiarkan Utusan Malaysia kelmarin yang menyatakan FAM terus dimanjakan dengan pemberian peruntukan sebanyak RM12 juta oleh MSN walaupun tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Menurut Azalina, alasan MSN bola sepak merupakan sukan paling popular tidak boleh dijadikan ukuran kerana sudah hampir 20 tahun FAM mendapat peruntukan besar daripada MSN tetapi semakin malap bola sepak negara.

Ini, katanya, sudah jelas menunjukkan FAM gagal menggunakan peruntukan besar sejak berbelas tahun untuk meningkatkan mutu bola sepak negara.

Azalina berkata, peruntukan tersebut tidak disalurkan serentak kepada FAM tetapi ia akan diberikan secara berperingkat selepas mereka membuat program.

‘‘Beza sekarang adalah duit itu kita pegang dan kedua kita wujudkan perjanjian ada beberapa peraturan yang diperlu dipatuhi.

‘‘Kita tidak mahu ia membazir begitu sahaja, kita akan memantau penggunaan peruntukan ini bagi memastikan ia benar-benar digunakan untuk pembangunan bola sepak tanah air,” katanya.

No comments: