Sunday 24 June 2007

Aku Janji (Or Do I, Really?)

Those of you who can't read Bahasa Malaysia, we won't really apologise for including articles from the local daily, Utusan Malaysia. Maybe we'll do more translating once we enrol in the Pusat Terjemahan Negara. But really, it's because when it comes to matters of national football, it's only Utusan Malaysia that's really putting an effort and they are usually the first to report. As much as we don't really care to read the other section of Utusan, try and visit their website and look out for some interesting articles.

BorakBola thinks Malay Mail does some good write-ups and articles too. But NST and The Star? You guys really have to pull up your socks lah and try and contribute. Don't throw news about the Pasukan Kebangsaan 2 or 3 page in a small corner of the sports section next to the 4D results. So until we get some nice and juicy reports from our local English dailies, you readers out there would have to put up with this, or write to NST and The Star to complaint, or take up Bahasa. Ha Ha.

Anyway, here's what FAM had to say, all gushed up and touched after received the money from the government. Where have we heard this all before eh?

FAM janji guna RM12.3 juta pulihkan imej
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI

KUALA LUMPUR – Terharu dengan peruntukan besar yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan meningkatkan tahap bola sepak negara dari segala aspek. Selain bakal melaksanakan program pembangunan yang lebih teratur, badan bola sepak kebangsaan itu juga memandang serius usaha memperbaiki ranking dunia.

Semalam FAM menjadi persatuan sukan pertama menerima bantuan MSN tahun ini dengan peruntukan RM12.317 juta - jumlah tertinggi pernah diterima dalam sejarah. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bantuan tersebut hanya fasa pertama iaitu bagi melaksanakan program 2007, bermakna ada tambahan peruntukan bakal dinikmati oleh FAM.

Mengapa bola sepak mendapat keistimewaan dipilih menerima peruntukan, alasan Azalina cukup mudah kerana ia sukan paling popular di negara ini dan antara lapan sukan teras. Malah beliau yakin FAM mempunyai banyak program dalam perancangan dan ia akan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dengan adanya bantuan dari kerajaan.

“Bola sepak adalah sukan paling popular di negara kita, dan apabila perjanjian ditandatangani secara tidak langsung FAM dan MSN dapat bekerjasama dalam keadaan lebih erat. “Dengan adanya perjanjian, kita berharap semua persatuan akan menepati apa yang dijanjikan. FAM bukan satu-satunya persatuan yang menerima peruntukan, ia akan disusuli oleh persatuan lain,’’ kata Azalina selepas majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di Bukit Jalil, semalam.

MSN diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong manakala FAM diwakili Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad. Sementara itu, Dr. Ibrahim Saad memberi jaminan bahawa peruntukan besar tersebut akan diguna sepenuhnya bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

Dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia berada pada kedudukan kelima di kalangan negara Asia Tenggara iaitu di tangga ke-149. Thailand menerajui kedudukan negara Asia Tenggara dengan berada di tangga ke-122, diikuti Singapura (131), Vietnam (142) dan Indonesia (143).

“Peruntukan ini membuatkan saya rasa amat terharu. FAM tidak pernah menerima bantuan sebanyak ini,’’ kata Dr. Ibrahim. Menurut Dr. Ibrahim lagi, peruntukan sebanyak RM12.317 juta itu akan diagih kepada tujuh program utama.

Sebanyak RM6.266 juta akan digunakan untuk pembangunan sukan teras, RM521,500 pula bagi program pelapis, iaitu skuad bawah 20 tahun, yang akan bertanding pada kejohanan Piala Juara-Juara Belia (CYC). Akademi bola sepak negeri-negeri yang melahirkan ramai pemain bola sepak terbaik menerima peruntukan sebanyak RM3 juta.

Program elit pula dibahagikan kepada persiapan menghadapi Piala Asia - RM300,000 dan persiapan Sukan SEA, RM600,000. Pembangunan bola sepak wanita juga tidak diketepikan FAM apabila sebanyak RM280,000 diperuntukan kepada mereka.

Program latihan prestasi tinggi Malaysia di Brickedonbury, England juga berada dalam bajet FAM dengan RM750,000 diperuntukan.
Taken from Utusan Malaysia

No comments: